Kem Tahunan 2016
30 07 2017LAPORAN KEM TAHUNAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT 2016
Tarikh : 17/9/2016
Masa : 7:00 a.m. – 5:00 p.m.
Tempat : Sekolah
Peserta : 50 orang , Cik.Tan Li Ting , Pn. Zaharah , Cik Atikah
Objektif :
1) Untuk memupuk disiplin dalam kalangan pelajar.
2)Untuk meningkatkan tahap kemahiran kawad kaki.
3)Untuk memahami pengetahuan tentang penyelamatan.
Kandungan:
Pasukan Kadet Bomba merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi sokongan padu dan nasihat kepada kami untuk melicinkan perjalanan perkhemahan tersebut. Peserta kem tahunan ini telah menunjukkan kesungguhan semasa menyertai kem ini. Hubungan yang erat dan kerjasama antara ahli jelas kelihatan apabila mereka berusaha untuk menjayakan kem tahunan ini. Aktiviti berjalan dengan lancar mengikut jadual yang disediakan (rujuk Lampiran 1).
Penambahbaikan:
- Menggalakkan lebih banyak peserta menyertai kem ini.
- Memberi pengetahuan yang lebih kepada peserta.
- Meningkatkan stamina peserta.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_________________ __________________
Pn. Ooi Hon Bu Pn. Tan Hooi Lean
Ketua Penasihat Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
Kadet Bomba dan Penyelamat SMJK HENG EE
SMJK HENG EE
Lampiran 1
Jadual Waktu Kem Tahunan 2016
Masa | Aktiviti | Tempat |
7.00 a.m – 8.00 a.m | Upacara pembukaan | Kantin |
8.00 a.m – 12.00 p.m | Latihan kawad kaki | Gelanggang Bola Keranjang |
12.00 p.m – 1.00 p.m | Makan tengah hari | Kantin |
1.00 p.m – 2.00 p.m | Mengajar teori | Gelanggang Bola Keranjang |
2.00 p.m – 4.00 p.m | Pertandingan teori dan kawad kaki | Gelanggang Bola Keranjang |
4.00 p.m – 5.00 p.m | Upacara penyampaian hadiah | Kantin |
5.00 p.m | Bersurai |