Kem Tahunan 2019
28 03 2019LAPORAN KEM TAHUNAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT 2019
Tarikh : 25/03/2019 & 26/03/2019
Masa : 7:30 a.m. – 4:00 p.m.
7:30 a.m. – 1:00 p.m.
Tempat : Sekolah
Peserta : 73 orang , En. Kokilan, Pn. Shuhaida, En. Firdaus, Pn. Ooi Hon Bu
Objektif :
1) Untuk memupuk disiplin dalam kalangan pelajar.
2)Untuk meningkatkan tahap kemahiran kawad kaki.
3)Untuk memahami pengetahuan tentang penyelamatan.
4)Untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.
Kandungan:
Pasukan Kadet Bomba merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi sokongan padu dan nasihat kepada kami untuk melicinkan perjalanan perkhemahan tersebut. Peserta kem tahunan ini telah menunjukkan kesungguhan semasa menyertai kem ini. Hubungan yang erat dan kerjasama antara ahli jelas kelihatan apabila mereka berusaha untuk menjayakan kem tahunan ini. Aktiviti berjalan dengan lancar mengikut jadual yang disediakan (rujuk Lampiran 1).
Penambahbaikan:
- Menggalakkan lebih banyak peserta menyertai kem ini.
- Memberi pengetahuan yang lebih kepada peserta.
- Meningkatkan stamina peserta.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_________________ __________________
Pn. Ooi Hon Bu En. Cheah Yew Hong
Ketua Penasihat Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
Kadet Bomba dan Penyelamat SMJK HENG EE
SMJK HENG EE
Lampiran 1
Jadual Waktu Kem Tahunan 2019
Hari Pertama (25/3/2019)
Masa | Aktiviti | Tempat |
7.30 a.m – 8.30 a.m | Upacara pembukaan | DK1 |
8.30 a.m – 10.00 a.m | Mengajar teori | Gelanggang Bola Keranjang |
10.00 a.m – 12.00 p.m | Permainan ‘Treasure Hunt’ | Sekolah |
12.00 p.m – 1.00 p.m | Makan tengah hari | Kantin |
1.00 p.m – 3.50 p.m | Permainan stesen | Sekolah |
4.00 p.m. | Bersurai | DK1 |
Hari Kedua (26/3/2019)
Masa | Aktiviti | Tempat |
7.30 a.m. – 8.00 a.m. | Pendaftaran ahli | Kantin |
8.15 a.m. – 10.00 a.m. | Latihan kawat kaki | Gelanggang bola keranjang |
10.00 a.m. – 11.30 a.m. | Pertandingan kawat kaki | Gelanggang bola keranjang |
11.30 a.m. – 12.15 p.m. | Rehat dan makan tengah hari | Kantin |
12.15 p.m. – 1.00 p.m. | Upacara penyampaian hadiah | DK1 |
1.00 p.m. | Bersurai | DK1 |